ADUN Batu Uban sumbang kontena untuk operasi pasukan penyelamat sukarela CERT

Admin
A. Kumaresan (kemeja biru) bergambar kenangan bersama pasukan CERT George Town sejurus Majlis Pelancaran Bilik Operasi Pertama CERT baru-baru ini.

BATU UBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan membelanjakan RM6,500 bagi menempatkan sebuah kontena untuk kegunaan pasukan penyelamat sukarela, Community Emergency Response Team (CERT) George Town.

Lokasi tersebut terletak berhampiran dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Pekaka, Sungai Dua.

“Kontena ini bertujuan untuk memudahkan pasukan CERT beroperasi dan mereka mempunyai tempat untuk meletakkan peralatan dan motosikal.

“Untuk makluman, CERT akan bertugas dari 1 Jun sehingga 9 Jun bagi operasi OPS Selamat Hari Raya dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

“Sekiranya berlaku kecemasan dan memerlukan pertolongan segera boleh menghubungi hotline CERT di talian 010-2484999,” ringkas beliau pada Majlis Pelancaran Bilik Operasi Pertama CERT baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi CERT George Town, Lee Chiew Wan.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN