ADUN edar serkup muka kepada pelajar

Admin

BATU UBANBaru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, S.Raveentharan telah mengadakan lawatan ke lima buah sekolah di kawasan beliau bagi mengedarkan sungkup muka (face mask).

Menurut beliau, memandangkan kemerosotan kualiti udara di Pulau Pinang, beliau mengambil inisiatif untuk mengedarkan sungkup muka kepada murid-murid sekolah agar mereka tidak terdedah dengan pencemaran udara.

“Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pulau Pinang semakin tinggi dan ia tidak menyihatkan.

“Oleh demikian, saya harap pihak sekolah juga dapat menggalakkan murid-murid memakai face mask agar mereka tidak terdedah kepada bahaya jerebu.

“Saya juga harap orang ramai mengurangkan aktiviti luar kerana kualiti udara yang dicatatkan kini tidak menyihatkan,” ujar Raveentharan di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) (Cina) Keong Hoe, SRJK (C) Shih Chung, SRJK (C) Kwong Hwa, SRJK (C) Min Sin dan SMJK (C) Phor Tay di sini.