Pusat Komputer percuma untuk rakyat

Admin
SIM Tze Tzin (berkemeja biru) beramah mesra dengan pengguna cilik Pusat Komputer Komuniti dan Internet Percuma di sini baru-baru ini.
SIM Tze Tzin (berkemeja biru) beramah mesra dengan
pengguna cilik Pusat Komputer Komuniti dan Internet
Percuma di sini baru-baru ini.

PANTAI JEREJAKDemi memastikan pembangunan berterusan insaniah dan intelektual masyarakat setempat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin mengambil inisiatif khas menubuhkan sebuah Pusat Komputer Komuniti dan Internet Percuma kepada penduduk rumah pangsa Jalan Tengah, di sini baru-baru ini.

Menurut Tze Tzin, penubuhan pusat tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer, malah, ia juga bagi membantu komuniti di rumah pangsa berkenaan mengetahui isu-isu terkini dengan tepat, benar serta cepat.

“ Kita telah bercadang untuk mengambil seorang guru yang boleh mengajar komuniti di sini menggunakan komputer.

“Dalam zaman globalisasi ini, saya percaya setiap individu p e r l u melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat termasuk kepakaran menggunakan teknologi maklumat alam maya ini,” ucap beliau pada Majlis Perasmian Pusat Komputer Komuniti dan Internet Percuma di sini baru-baru ini.

Tamba h beliau , sejumlah RM10,000 telah dibelanjakan bagi penubuhan pusat berkenaan. Justeru, beliau berharap agar masyarakat setempat dapat memanfaatkan kemudahan disediakan dan menjaganya dengan baik kerana ia adalah hak milik rakyat.

Hadir sama ke majlis perasmian tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Mahsuri dan kira-kira 300 penduduk rumah pangsa terbabit.