ADUN Komtar rai 80 pelajar di Rumah Terbuka Aidilfitri Tech Dome Pulau Pinang

Admin

GEORGE TOWN – Lebih 80 guru dan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Hutchings dan Sekolah Kebangsaan Convent Light Street diraikan dalam suatu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Tech Dome Pulau Pinang (PTD)

Ketika berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berkata, PDT ditubuhkan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang untuk mencetuskan serta memberi inspirasi kepada mereka melanjutkan pelajaran dan karier masa depan dalam bidang-bidang berkaitan STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Justeru, saya berharap agar semua kanak-kanak yang bersama kami pada hari ini akan mengambil peluang untuk melihat pelbagai pameran sains yang menarik.

“Saya percaya bahawa PDT akan memainkan peranan penting dalam membantu memotivasikan pelajar ke arah ini,” jelasnya yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di sini pada 28 Jun 2019.

Lai Heng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri berharap program tanggungjawab sosial korporat seperti PTD ini kelak menyumbang kepada bekalan tenaga buruh terlatih serta profesional dalam pelbagai bidang di kawasan-kawaan perindustrian bebas negeri.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTD, Dr. Khong Yoon Loong menyatakan bahawa pusat sains itu menerima kira-kira 300,000 pengunjung sejak dibuka pada tahun 2016.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : CHONG KOK KUAN