ADUN & NGO syor Bajet 2015 MPPP tumpu infrastruktur

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN– Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) disyor memberi tumpuan pada perancangan menaiktaraf Tapak Penjajaan Sementara (TPS) selain memperbaiki penempatan semula penjaja-penjaja kecil sekitar kawasan pulau.

Demikian maklum balas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada sesi Perjumpaan Bajet MPPP 2015 yang dilangsungkan di Dewan Bandaran dekat Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Secara umumnya, ADUN dan NGO mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbaiki infrastruktur awam berwajib.

MPPP turut disyor memperbanyakkan pemasangan alat-alat permainan, alatan gimnasium serta gelanggang futsal dan badminton di kawasan kediaman komuniti.

Pada pertemuan tersebut, Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail turut merakamkan penghargaa n kepada ADUNADUN dan NGO-NGO yang banyak mengetengahkan aduan rakyat demi meningkatkan mutu perkhidmatan PBT.

“Mereka lebih dekat dengan rakyat. Kita perlukan input dari ADUN dan NGO untuk samasama memberi pendapat dan kemukakan cadangan mambantu Majlis dalam penyediaan bajet yang lebih baik,” ujar Patahiyyah.

Setiausaha Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye dan Joseph Ng Soon Siang (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan MPPP) turut menyertai majlis interaktif pelanggan tersebut.

Perjumpaan Bajet MPPP 2015 diadakan demi menyuburkan semula demokrasi tempatan, dengan menggalakkan warga pulau dalam membuat keputusan belanjawan bersamasama MPPP.