ADUN peruntuk RM10,628 tukar karpet surau kepada lantai jenis vinyl

Admin

SERI DELIMA – Lantai Surau An Nur SEAMEO RECSAM kini tampil lebih kontemporari dengan penukaran karpet kepada lantai jenis venyl bernilai RM10,628.

Kos penukaran tersebut diperuntukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid.

“Penantian yang ditunggu sejak sekian lama oleh warga SEAMEO RECSAM dan penduduk sekitar kawasan, akhirnya kini menjadi kenyataan.

“Dengan kos RM 10,268, kita akhirnya mampu menukar karpet yang berusia hampir 20 tahun ke lantai yang lebih indah dan berunsur kontemporari,” ujar beliau dalam satu majlis ringkas di surau tersebut semalam.

Hadir sama, Penghulu bagi kawasan Bukit Gelugor, Nasrizal Nasib, badan pengurusan SEAMEO RECSAM serta komuniti setempat.

Syerleena ketika berucap juga berharap dengan penukaran lantai baharu itu, penggunaan surau dapat dimaksimumkan serta dijaga dengan baik.

“Kebersihan surau ini juga hendaklah dijaga dan pastikan surai ini menjadi tempat yang amat menarik lagi menawan supaya ia dapat menggambarkan kehebatan dan kemuliaan agama Islam itu sendiri,” katanya lagi.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN