ADUN Seri Delima harap ‘Aerobathon’ semarak semangat kekitaan

Admin

SERI DELIMA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid berharap acara Aerobathon Timur Laut 2018 Sempena Hari Sukan Negara 2018 di peringkat Kawasan Dewan Undangan Negerinya (KADUN) turut menyemarak semangat kekitaan dalam kalangan komuniti.

“Sama ada kalah atau menang dalam sesuatu pertandingan sudah menjadi adat.

“Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang tewas, belajarlah daripada kesilapan dan teruskan usaha untuk berjaya pada tahun hadapan,” jelasnya ketika merasmikan program itu di Perumahan Kampung Kastam di sini 13 Oktober lalu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pegawai Majlis Belia Sukan Daerah Timur Laut serta komuniti Persatuan Penduduk Perumahan Kastam, kerana menjayakan program tersebut.

“Kesempatan ini juga, saya ini mengucapkan tahniah kepada kakitangan KBS yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan sempena Hari Sukan Negara Peringkat KADUN Seri Delima ini,” ujarnya.

Acara cabutan bertuah merupakan antara program sampingan paling menarik sepanjang penganjuran Aerobathon Timur Laut 2018.