ADUN turun padang sumbang token program Emas

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

AIR ITAM – Seramai 205 penerima sumbangan program-program Emas kawasan Air Itam menerima token masing-masing yang disampaikan sendiri Ahli Dewan Undangan Negerinya, Wong Hon Wai di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin.

Ketika ditemui, Hon Wai berkata, majlis penyampaian sumbangan Program-program Emas Kerajaan Negeri tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan beliau sejak tahun 2008.

Jelasnya, melalui anjuran program-program tersebut, ADUN-ADUN ataupun wakil rakyat dapat bertemu dan merapati rakyat di kawasan masing-masing.

“Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, kita (Kerajaan Negeri) menganggap program-program Emas bukan sahaja membantu rakyat yang layak dan memerlukan bantuan, tetapi juga menunjukkan komitmen kita (Kerajaan Negeri) untuk berkhidmat demi rakyat.

“Setelah enam tahun, saya mengambil inisiatif mengadakan program ini. Saya bercadang meneruskannya setiap tahun di Air Itam,” ujarnya.

Selain penyampaian sumbangan kepada penerima Program Penghargaan Warga Emas, turut diraikan adalah para penerima Program Anak Emas dan waris warga emas yang telah meninggal dunia.

Kaunter-kaunter pendaftaran bagi programprogram Emas lain turut dibuka pada majlis berkenaan.