Ahli Parlimen peruntuk RM10,000 serah 500 kerusi plastik kepada SMJK Chung Ling

Admin

AIR ITAM – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menyerahkan 500 unit kerusi plastik kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling di sini pagi ini.

Sumbangan tersebut dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang yang mewakili Ramkarpal pagi tadi.

Menurut Joseph, sejumlah RM10,000 diperuntukan Ahli Parlimen berkenaan bagi kegunaan am menggantikan kerusi-kerusi yang telah rosak di sekolah berkenaan.

“Sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan modal biasa, maknanya, ianya tidak akan menerima bekalan perabot dari Kerajaan Pusat.

“Sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, kami sedaya upaya akan membantu sekolah-sekolah bantuan modal seperti ini,” ujarnya.

Hadir sama, Pengetua SMJK Chung Ling, Soo Seng Poh dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Teoh Peng Seng.

Sebelum ini, Soon Siang memberitahu bahawa pihaknya turut menyumbang RM5,000 melalui peruntukan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam bagi mengisi tabung biasiswa SMJK Chung Ling.

“Sememangnya matlamat kita adalah akan sedaya upaya membantu 16 buah sekolah di dalam DUN Air Itam tanpa mengira latar belakang,” jelasnya lagi.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING