Ahli Parlimen seru lebih banyak NGO tampil bantu golongan terkesan COVID-19

PANTAI JEREJAK – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin seru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Lion’s Club bersama Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

 

Beliau berkata demikikan ketika bersama Lion’s Club menyampaikan 300 bantuan pek barangan keperluan harian sekitar parlimen Bayan Baru baru-baru ini.

 

Menurut Tze Tzin, walaupun sumbangan diadakan sehari sebelum sambutan perayaan Deepavali, namun sumbangan tersebut melangkaui batas kaum dan agama.

 

“Jadi saya seru NGO yang berada di luar sana untuk tampil seperti Lion’s Club membantu rakyat-rakyat yang terkesan dari segi pendapatan akibat COVID-19.

 

“Kes semakin meningkat di Mukim 12 dan Mukim 13, namun kita tidak akan pinggirkan mereka begitu sahaja, kita akan terus bantu golongan yang terkesan ini.

 

“Walaupun sumbangan disampaikan hampir dengan perayaan Deepavali namun kita bantu semua tanpa mengira kaum dan agama sebab COVID-19 memberi kesan kepada semua” ujar beliau ketika menyampaikan bantuan di flat Jalan Tengah baru ini.

 

Beliau dalam pada itu menyatakan individu yang terkesan akibat pademik COVID-19 boleh hadir ke Pusat Khidmat beliau di Sungai Dua atau hubungi 04-6553088 untuk bantuan

 

Antara kawasan lain yang menerima bantuan tersebut termasuklah Kampung Naran dan Taman Iping (Batu Maung), Permatang Tepi Laut, Taman Lip Sin dan kawasan-kawasan lain.

 

Mengulas lanjut beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Lion’s Club yang sudi membantu walaupun perniagaan di kalangan ahli NGO itu turut terjejas.

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI