Al-Quran galak umat depani saingan – Exco Agama

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-Bulan Al-Quran Kali Ke-6 Peringkat Negeri Tahun 2015 baru-baru ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim dalam ucapannya menggalakkan umat Islam di negeri ini berani mendepani persaingan dengan membawa imej “Islam sebagaimana rahmat ke seluruh alam”, sebagaimana dituntut dalam al-Quran.

“Masyarakat hidup dalam suasana penuh persaingan, hanya mereka yang mempunyai ilmu serta kebijaksanaan sahaja yang mampu mengungguli persaingan.

“Situasi ini sudah tentu menyaksikan generasi al-Quran pada masa akan datang bakal menghempas-pulas mendepani persaingan yang lebih hebat, dengan menjadikan Islam Rahmatan Lil ‘Alamin (Islam sebagai rahmat ke seluruh alam),” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung di Seberang Perai Arena (SPA) di sini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon turut berucap pada majlis tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus, Sohibus Samahah Dato’ Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor (Mufti Pulau Pinang), Dato’ Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang), Dato’ Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Omar Hassan (Ahli Majlis bagi MPSP) turut hadir pada majlis tahunan tersebut.

Manakala, forum “Generasi Al-Quran Penyelamat Ummah” selepas majlis perasmian itu menampilkan tiga panel, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malik (Selebriti Dakwah rancangan Tanyalah Ustaz TV9), Syeikh Yusuf Ahmad pegawai agama dari (Jabatan Agama Islam Negeri Kedah), Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi (Finalis Imam Muda Musim Pertama ASTRO), di bawah kendalian moderator, Ustaz Roslan Che Rus (Pegawai daripada JHEAIPP).

Majlis tersebut diraikan pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadan saban tahun di negeri ini, sejak tahun 2010.

} else {