AnakPinang serah pek keperluan asas kepada 50 buah keluarga nelayan

Admin

AnakPinang serah pek keperluan asas kepada 50 buah keluarga nelayan

 

GEORGE TOWN – Badan bukan kerajaan (NGO) AnakPinang pagi ini menyerahkan 50 bungkusan barangan keperluan harian kepada golongan nelayan yang terkesan berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lepas.

 

Sumbangan AnakPinang diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya (JKMDBD) meliputi keperluan asas seperti beras, biskut, minyak masak, telur, tepung. pelitup mulut, hand sanitizer dan pelbagai keperluan lain.

 

Sewaktu ditemui, Pengerusi AnakPinang Tan Chen Tat berkata, sebanyak 50 pek keperluan asas akan diserahkan kepada 50 buah keluarga di unit nelayan sekitar Sungai, Batu, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar.

 

Hadir sama, Pemangku Pegawai JKMDBD, Mohd. Yusmin Nordin; Ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar, Roslizan Ramli dan Timbalan Ketua Unit Nelayan Sungai Batu, Mohd. Ismail Ahmad.

 

Menurut Roslizan antara tekanan dihadapi nelayan adalah mengenai pemasaran ikan dan udang.

 

“Sebelum ini kami boleh pasarkan kepada restoran-restoran mewah, hotel dan sebgainyanya, namun apabila PKP banyak premis yang tutup dan kurang kunjungan.

“Jadi secara langsung ianya beri kesan kepada kami macam udang gred A dan bawal tambak yang mahal sukar dijual,” ujar beliau kepada Buletin Mutiara.

 

 

Oleh: SITI FATIMAH HUZAIDI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI