Anjur CSR sempena Ramadan, JKSB kembalikan semula manfaat kepada masyarakat

Admin
whatsapp image 2024 03 21 at 12.22.51 pm (1)

JAWI – Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menganjurkan program Program Bubur Lambuk Perdana sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Divisyen Korporat JKSB, Abd Razak Abd Rahman berkata, program yang dianjurkan bersama dengan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang itu juga adalah bersempena ulang tahun ke-10 pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

whatsapp image 2024 03 21 at 12.22.51 pm

whatsapp image 2024 03 21 at 12.22.49 pm

“Program ini merupakan salah satu daripada empat cabang CSR JKSB iaitu Sinar Ihsan, Sinar Ilmu, Sinar Sejahtera dan Sinar Alam.

“Lebih Istimewa program CSR (Sinar Insan) ini adalah adalah yang pertama dianjurkan melalui kolaborasi bersama dengan Jabatan Penjara yang mana kita mahu lebih dekat lagi dengan komuniti sekali gus memberi semula manfaat kepada mereka.

“Melalui program ini, kita menyediakan 2,000 pek bubur lambut yang dimasak secara bergotong-royong oleh sukarelawan JKSB, Jabatan Penjara serta komuniti setempat,” katanya kepada Buletin Mutiara ketika ditemui pada program berkenaan dekat Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, di sini semalam.

Abd Razak berkata, JKSB sentiasa menganjurkan program CSR bersama dengan komuniti terutamanya di negeri Pulau Pinang pada setiap tahun untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

“InsyaAllah sekiranya ada rezeki, pada tahun-tahun akan datang kita akan adakan lagi program seperti ini dengan Jabatan Penjara atau memperluaskan kerjasama dengan komuniti di negeri ini,” katanya sambil memaklumkan bahawa bubuk lambuk yang dimasak akan diedarkan kepada komuniti dan pengguna JSAHMS.

Difahamkan, selain memasak dan mengedar bubur lambuk oleh kira-kira 100 orang sukarelawan, program tersebut turut diisi dengan forum, pameran serta pemeriksaan kesihatan oleh jabatan dan agensi berkaitan.

Antaranya, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebagai rekod, Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dibuka secara rasminya pada 2 Mac 2014 yang disaksikan lebih 10,000 rakyat Malaysia.

Jambatan Kedua Pulau Pinang kemudian dinamakan secara rasmi sebagai Jabatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu sempena nama Yang Di-Pertuan Agong Ke-14.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI