Azman bawa misi Zakat P. Pinang tengah umat

SELARI dengan slogan “Merakyatkan Zakat Pulau Pinang”, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang MAINPP menganjurkan konvoi bermotor dari Perlis ke Putrajaya merentasi Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIpK) dengan sokongan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) turut terlibat dalam program tersebut.

Program tersebut boleh dikatakan suatu aktiviti di luar tradisi Zakat Pulau Pinang MAINPP sungguhpun ‘orang kuat’ di belakang tadbir
itu nampak cukup sederhana.

Orangnya tidak kecil dan tidak besar. Sekali pandang, nampak sepe r t i ‘ustaz’ sungguhpun latar belakang pendidikan tingginya bukan dalam bidang keagamaan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di Universiti Sains Malaysia (USM), George Town dan mula bertugas di Zakat Pulau Pinang MAINPP sejak tahun 1995, seterusnya, dilantik sebagai Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang MAINPP pada tahun 2000.

Percaya atau tidak, Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang MAINPP, Dr. Azman Abdul Samat yang ditemuramah oleh wartawan akhbar Buletin Mutiara (BM), ZAINULFAQAR YAACOB baru-baru ini mengakui bahawa hampir 12 tahun mengetuai pentadbiran Zakat Pulau Pinang MAINPP adalah pengalaman yang cukup berharga.

Tidak hairanlah, jika sekiranya idea seperti konvoi bermotor yang berlangsung baru- baru ini berjaya menggamit perhatian rakyat di negeri ini untuk melihat fungsi dinamik Zakat Pulau Pinang MAINPP berlakangan ini.

“Idea ini, kita mula sejak awal tahun ini dengan kerjasama JAWHAR (atau) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

“Awal (bulan) Muharam, kita lancar kempen Bulan Zakat Peringkat Kebangsaan yang membabitkan semua negeri.

“Tapi , kita di Utara Semenanjung Malaysia yang membabitkan Utara Perak, Kedah Perlis dan kita (Pulau Pinang)…kira kita macam jadi ‘Tuan Rumah’ di Utara ini,” ujar beliau selepas selesai majlis pelepasan konvoi di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang MAINPP, Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Selama dua hari masa diambil oleh lebih 30 peserta konvoi kereta serta motor berkuasa tinggi mengelilingi Perlis dan Kedah sebelum tiba di Bukit Mertajam pada 30 November lepas.

Azman berkata, konvoi dijangka tamat di Putrajaya pada Selasa, 4 Disember lalu.

“Sepanjang tempoh konvoi di Pulau Pinang ini, kita akan masuk kampung dan desa untuk mengagihkan zakat, selain, berkempen mengenai peranan ummah menunaikan zakat seperti zakat gaji, zakat korporat yang ditunaikan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat.

“Kita akan serah bantuan zakat kepada penerima yang layak di Jarak Atas, Tasek Gelugor…ada lah seperti hamper dan serah (replika) kunci rumah,” ujar beliau.

Beliau berkata, Zakat Pulau Pulang MAINPP perlu lebih proaktif dengan membawa institusi itu terus kepada rakyat, bukan menunggu rakyat datang ke ibu pejabat institusi itu.

“Sekarang, kita perlu turun padang dan yakinkan ummah mengenai peranan serta tanggungjawab kita.

“Konvoi yang dilakukan hari ini pun, adakah salah satu usaha kita mempromosi Zakat Pulau Pulang khusus untuk generasi muda,” ujar beliau.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Zakat Pulau Pulang MAINPP turut memainkan peranan yang lebih serius di peringkat antarabangsa.

Misi Global Terbaru, beliau berkata, Zakat Pulau Pinang MAINPP telah menghantar satu delegasi kehormat ke wilayah bergolak Gaza, Palestin.

“Delegasi itu diketuai Dr. Mujahid Yusof Rawa selaku Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang MAINPP dan saya sendiri sertai misi
kemanusiaan itu,” ujar beliau.

Beliau berkata, Zakat Pulau Pinang MAINPP sejak tahun 2007 menubuhkan Tabung Zakat Antarabangsa untuk misi-misi kemanusiaan umat Islam di seluruh dunia.

“Sebelum diwujudkan tabung ini, satu peratus daripada jumlah zakat yang dikumpul pernah digunakan untuk bina masjid dan bantu umat Islam yang jadi mangsa malapetaka di luar negara,” ujar beliau.

Harapan Beliau berharap Zakat Pulau Pinang MAINPP boleh menerima pemberian zakat lebih banyak lagi daripada umat Islam.

“Kalau zakat yang dikutip boleh mencecah sampai RM100 juta tahun ini, mungkin lebih banyak lagi kita boleh buat.

“Apa yang penting, Zakat Pulau Pinang MAINPP wajar dilihat sebagai institusi yang profesional serta diyakini ummah. Kalau orang yakin dengan urus zakat kita, mereka akan bersama kita dalam agenda ummah di negeri ini,”  ujar beliau.

AZMAN Abdul Samat.
AZMAN Abdul
Samat.
AZMAN Abdul Samat (depan, dua dari kiri) bersama-sama sebahagian peserta konvoi bermotor menunjukkan tanda bagus sebelum memulakan misi dipertanggungjawabkan.
AZMAN Abdul Samat (depan, dua dari kiri) bersama-sama
sebahagian peserta konvoi bermotor menunjukkan tanda bagus
sebelum memulakan misi dipertanggungjawabkan.
BERGAMBAR kenangan bersama-sama keseluruhan pasukan di perkarangan Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang MAINPP, Bandar Perda, Bukit Mertajam sebelum upacara pelepasan dilangsungkan.
BERGAMBAR kenangan bersama-sama
keseluruhan pasukan di perkarangan Ibu
Pejabat Zakat Pulau Pinang MAINPP, Bandar
Perda, Bukit Mertajam sebelum upacara
pelepasan dilangsungkan.