Bajet MBPP2016, tekan 5 fokus utama

GEORGE TOWN – Bajet 2016 bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bakal memberi penekanan kepada lima fokus utama iaitu kelestarian persekitaran , pemantapan perkhidmatan, memperkasakan prasarana , memantapkan keselamatan dan penganjuran program-program rekreasi.

Pengumuman tersebut dinyatakan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Pathiyah Ismail ketika membentangkan Bajet MBPP Tahun 2016 bertemakan, Visi MBPP Menjadikan Pulau Pinang Sebagai Sebuah Bandaraya Yang Harmoni dan Progresif serta Memiliki Budaya, Warisan dan Keindahan Semulajadi Yang Unik Di Peringkat Global di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Katanya, anggaran hasil 2016 sebanyak RM368.20 juta akan disumbangkan oleh anggaran hasil cukai iaitu sebanyak RM210.31 juta atau 57.1 peratus daripada keseluruhan jumlah hasil.

“Hasil cukai ini dijangka meningkat sebanyak RM26.61 juta berbanding tahun 2015.

“Manakala, anggaran hasil bukan cukai sebanyak RM144.35 juta atau 39.2 peratus dan anggaran terimaan bukan hasil sebanyak RM13.54 juta (3.7 peratus) daripada keseluruhan jumlah hasil menurun berbanding tahun lalu,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut, Patahiyah memberitahu, daripada jumlah perbelanjaan tersebut, sebanyak RM325.49 juta (69.8 peratus) diperuntukan bagi perbelanjaan mengurus dan RM118.97 juta (25.5 peratus), perbelanjaan pembangunan.

“Perbelanjaan mengurus sebanyak RM153.89 juta adalah untuk agiha nemolumen , perkhidmatan dan bekalan (RM160.22 juta) , agihan pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM3.47 juta) serta perbelanjaan lain (RM7.91 juta).

“Bagi tujuan mencapai bidang keberhasilan utama untuk memantapkan keselamatan , RM12.39 juta diperuntukan, kebersihan (RM55.57 juta) , kehijauan (RM3 juta) dan sihat (RM3.70 juta),” ujar beliau.

Dalam pada itu, Patahiyah menyatakan bahawa MBPP menjangkakan Bajet 2016 adalah belanjawan defisit sebanyak RM98.14 juta, yang mana ia (defisit tersebut) akan dibiayai dari wang simpanan Majlis yang mencatatkan lebihan dalam penyata kewangan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 2012 sebanyak RM80.09 juta, 2013 (RM47.57 juta) dan 2014 (RM177.95 juta). “

Ini kerana , anggaran perbelanjaan Majlis pada tahun depan adalah berjumlah RM466.34 juta bagi pelaksanaan pembangunan yang direncanakan, dan anggaran hasil berjumlah RM368.20 juta.

“Pun begitu, Majlis sedar akan jumlah defisit tersebut dan langkah-langkah proaktif dan holistik akan terus diambil untuk menambahkan sumber kewangan.

“Saya yakin bajet ini dapat memenuhi objektif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat selaras dengan status bandaraya yang telah dicapai,” ujar beliau.

}