Banjir Kampung Bukit bakal diatasi

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

BAYAN LEPASMasalah banjir yang berlarutan sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kampung Bukit di sini bakal menemui penyelesaiannya ekoran inisiatif untuk menambaik sistem saliran oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kini.

Menurut Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang, Kerajaan Negeri telah memperuntukan kira-kira RM200,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran air di sini.

“Kerja-kerja penambahbaikan adalah termasuk menggantikan kotak pembentungan dan menaiktaraf parit konkrit sepanjang 70 meter,” ujar Choo Kiang ketika lawatan beliau ke Jalan Besar, Kampung Bukit di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim berkata, kawasan tersebut sering dilanda banjir dan lebih memburukkan apabila limpahan aliran air hujan turun dari Taman Sri Bayu ke kawasan tersebut.

“Kawasan Kampung Bukit ini rendah dan kerap kali apabila hujan, pasti kawasan tersebut dinaiki air.

“Longkang sedia ada tidak terancang pembinaannya dan sering tersumbat dengan pasir sehingga tidak dapat menampung jumlah air yang banyak,” ujar Asnah.

Tambah beliau, penduduk sekitar kawasan tersebut dipercayai sering menyuarakan masalah banjir kepada kerajaan terdahulu (Kerajaan Negeri BN), namun, tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Alhamdulillah, sebagai kerajaan berjiwa rakyat, kita mengambil inisiatif untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Bukit, Akbar Ibrahim.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM7 juta bagi menangani dan membendung masalah banjir di Pulau Pinang.

LAW Choo Kiang (dua dari kanan) menerangkan cadangan kerjakerja penambahbaikan sistem saliran oleh Jabatan Kerja Raya sempena lawatan beliau di Kampung Bukit di sini baru-baru ini.
LAW Choo Kiang (dua dari kanan) menerangkan cadangan kerjakerja
penambahbaikan sistem saliran oleh Jabatan Kerja Raya
sempena lawatan beliau di Kampung Bukit di sini baru-baru ini.