Bukan PR lulus projek lereng bukit

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

JURU– Dalam mengekalkan ‘kehijauan’ negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah meluluskan 37 projek perumahan lereng bukit melebihi ketinggian 250 kaki di sini sebelum ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyatakan bahawa, garis panduan kerajaan pusat adalah menetapkan projek lereng bukit supaya tidak melebihi ketinggian 500 kaki atau 150 meter. Namun, di Pulau Pinang, penetapan garis panduan adalah separuh daripada angka tersebut.

“Sebanyak 37 projek telah diluluskan Barisan Nasional (BN) ketika menjadi kerajaan. Tetapi, dalam pentadbiran PR, tiada langsung projek diluluskan yang melebihi ketinggian ditetapkan.

“Malah, kerajaan PR juga tidak mengabaikan rakyat. Kita (PR) telah menolak projek nadir bumi dan nuklear bagi memastikan generasi masa hadapan dapat tinggal di atas bumi yang bersih, hijau, selamat dan sihat,” katanya dalam ucaptama Majlis Perasmian Fiesta Hijau di sini baru-baru ini.

Hadir sama adalah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar merangkap Pengerusi Program Penang Green Citizenship, Ng Wei Aik

ANTARA bahan pameran yang dipamerkan.
ANTARA bahan pameran yang dipamerkan.

Selaras dengan tema penganjuran Tari Alam Sekitar Dunia 2012 iaitu ‘Ekonomi Hijau’, Guan Eng menegaskan bahawa Pulau Pinang turut menitikberatkan penganjuran pembangunan yang seiring dengan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Ekonomi hijau begitu penting kerana apabila pembangunan dilakukan tanpa terkawal, kebarangkalian kemusnahan alam semulajadi pasti hampir terjadi,’’ ujar beliau.

Bersempena majlis tersebut, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan. Pada masa sama, beberapa syarikat dan individu turut diberikan penghargaan oleh Kerajaan Negeri ekoran sumbangan dalam menjayakan penganjuran berkenaan.

PHEE Boon Poh (kiri sekali) sambil ditemani Ketua Menteri menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta pertandingan bersempena Majlis Perasmian Fiesta Hijau di sini baru-baru in
PHEE Boon Poh (kiri sekali) sambil ditemani Ketua Menteri
menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang peserta
pertandingan bersempena Majlis Perasmian Fiesta Hijau di sini
baru-baru in