Bantuan one-off bantu ringankan beban pesawah, petani sayur

Admin
e4eda01f 314e 4dc7 8e21 66fa2a5239d7

SEBERANG JAYA – Seramai 6,572 pesawah padi dan petani sayur di Pulau Pinang bakal menerima Bantuan Sara Hidup One-Off sebanyak RM500 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.286 juta.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan, Dato’ Rashidi Zinol berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha yang dibawa bagi memastikan kebajikan pesawah dan petani sayur terus diberi perhatian, khususnya dalam mendepani peningkatan kos pengeluaran pertanian.

Menurut beliau, golongan warga tani kini berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos input pertanian, tenaga kerja dan pengangkutan selain ketidaktentuan pasaran.

d1845b1e 4537 48c2 8866 fc589b3c524d
RASHIDI

“Bantuan berkenaan melibatkan peruntukan keseluruhan RM3.286 juta bagi memberi manfaat kepada 6,572 pesawah padi dan petani sayur di seluruh Pulau Pinang, dengan setiap penerima menerima RM500 secara one-off.

“Alhamdulillah, usaha yang kita gerakkan sebelum ini kini dapat diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada golongan petani.

“Serentak itu, saya akan terus membawa suara dan menjaga kebajikan warga tani demi kelangsungan sektor pertanian serta keterjaminan makanan negeri,” katanya.

img 6296 img 6298 1017539a 70c0 49df af2a 94c80aaa5f79 85fcd54d c503 46a0 8d5f 5da081b866d8 9268f778 2b41 445f 90c0 d5b5dcda5af8
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid yang menyempurnakan Program Penyerahan Bantuan Sara Hidup One-Off kepada Pesawah Padi dan Petani Sayur Negeri Pulau Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) 2026 di Lotus’s Seberang Jaya pada 25 September lalu.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd. Muhaimin Ibrahim; Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri, Mohd. Hafiz Nurulhuda serta ketua-ketua jabatan dan agensi pertanian negeri.

d6a17ebb e0ed 4c5f 833a bc30585594d4
MOHAMAD.

Sementara itu, Mohamad turut menyatakan bahawa pelaksanaan bantuan tersebut merupakan antara usaha Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban sara hidup warga tani, selain memastikan kebajikan golongan berkenaan terus terbela.

“Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memberi perhatian terhadap kebajikan warga tani, di samping memperkukuhkan aspek produktiviti, teknologi, infrastruktur dan pemasaran agar sektor pertanian Pulau Pinang terus berkembang serta berdaya tahan.

“Sebagai makluman juga, program tersebut turut diserikan dengan jualan runtuh Set Madani Kombo pada harga istimewa serta jualan pelbagai hasil dan produk pertanian tempatan menerusi reruai yang disediakan.

“Inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna menerusi tawaran harga menarik, malah membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan serta penggiat sektor agromakanan negeri,” jelasnya.

Program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai reruai jualan yang menawarkan hasil dan produk pertanian tempatan pada harga menarik kepada pengunjung.

Difahamkan, bagi Daerah SPT, penyerahan bantuan telah bermula pada 25 September lalu sebelum diteruskan ke daerah-daerah lain di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara terus kepada penerima yang layak.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : PEJABAT EXCO