Bantuan pukat diteruskan hasil pentadbiran CAT

Admin

Oleh : SUNARTI YUSOFF & WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING & DARWINA MOHD. DAUD

SEBERANG JAYA – Pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang membolehkan bantuan pukat kepada nelayan diteruskan dengan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1,020,000 bagi tahun 2018.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, berbeza dengan tahuntahun sebelumnya, bantuan pukat pada tahun ini diberikan dalam bentuk baucar.

“Sebelum ini, kita (Kerajaan Negeri) beli pukat dan beri kepada nelayan, tapi timbul banyak masalah.

“Antaranya, jenis pukat yang diberi tidak menepati kehendak nelayan selain pembekal tidak mahu menghantar bekalan pukat kerana kos penghantaran menjadi tinggi selepas pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).

“Jadi, pada tahun ini, kita (Kerajaan Negeri) ubah kepada sistem baucar yang mana nelayan boleh pergi kepada mana-mana pembekal di tiga tempat, iaitu di Tanjung Piandang, Lebuh Pantai dan Sungai Pinang untuk mendapatkan pukat,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Nelayan Pesisir Pantai 2018 Peringkat Seberang Perai di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, seramai 1,170 nelayan dari tiga daerah di Seberang Perai menerima baucar tersebut.

Sementara itu, di bahagian pulau, Afif turut menyampaikan bantuan sama kepada 1,256 nelayan membabitkan Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya.

Pada majlis berkaitan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya mengulas tuduhan seorang Timbalan Menteri baru-baru ini yang kononnya bantuan untuk nelayan akan dihapuskan sekiranya PH berjaya merampas pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti.

“Kita (Pakatan Harapan) sama sekali tidak akan hapuskan bantuan elaun sara hidup, subsidi diesel dan lainlain bantuan kepada nelayan, yang kita akan hapuskan adalah rasuah,” tegasnya.

Apa kata nelayan

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana bantuan ini dapat meringankan sedikit beban kami para nelayan. “Sebelum ini, bila hendak beli barang-barang untuk tangkap ikan duit pula tak cukup sebab harga makin mahal. Kadang-kadang ikan tak dapat, barang pula rosak, jadi baucar ini boleh digunakan untuk beli pukat baru,’’ MOHD. AKHIR SAAD, 56, Bagan Dalam.

“Bantuan ini dapat meringankan beban saya untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk kerja-kerja menangkap ikan. “Ini tahun keenam saya terima bantuan ini, dan saya berharap Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan ini pada masa akan datang,”ABDUL SAMAD MAT SAAD, 70, Bakau Tua.

 

“Tahun ini merupakan tahun kedua saya dapat bantuan pukat ini dan saya ingin berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nelayan di negeri ini. “Saya akan teruskan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada hari ini kerana banyak membantu rakyat,” KHOR CHING SEANG, 46, Nibong Tebal.

“Saya akan manfaatkan baucar ini untuk beli pukat yang sangat diperlukan sekarang ini. “Saya gembira kerana ini kali pertama saya terima sumbangan ini. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana ambil berat terhadap keperluan kami,” S. MUNIANDY, 57, Nibong Tebal.

“Saya amat mengharapkan Kerajaan Negeri dapat teruskan bantuan pukat nelayan ini sungguhpun terdapat beberapa masalah. “Ianya memberi manfaat kepada kami yang tidak mempunyai pendapatan tetap,” LIM CHEE YOENG, 42, Pulau Betong.

 

“Sejak tahun 2013 saya terima bantuan pukat ini, jadi bila naik RM400 ni kami rasa happy lah dan tunjukkan kata Kerajaan Negeri tidak ‘main’ duit tapi dia bagi sama rakyat,” TAN KIM YOONG, 42, Pulau Betong.

“Pada saya, pemberian sumbangan oleh Kerajaan Negeri ini sangat berguna kerana secara tidak langsung mampu ‘cover’ suku daripada keperluan tahunan pukat saya. Anggaran setahun saya memerlukan kira-kira 10 pukat,’’ MOHD. ZAINUN ASNI, 36, Sungai Batu.

“Kira pemberian ini sebenarnya bagi seronok kepada nelayan kerana menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri tolong nelayan, kalau boleh bantu lebih dari ini kami lebih alu-alukan,”ABDUL KADER IBRAHIM, 71, Tanjung Tokong.