Bas shuttle untuk 45,000 peserta Penang Bridge International Marathon – Exco

Oleh: AHMAD ARAFAT ESAH
BAYAN LEPAS – Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang berkata, Penang Bridge International Marathon 2013 yang dijadual berlangsung pada 17 November depan menerima 45,000 penyertaan.

Justeru, beliau berkata, pihak penganjur akan bekerjasama dengan Rapid Penang bagi menyediakan perkhidmatan bas shuttle secara percuma demi kemudahan peserta berwajib.

“Pada kejohanan kali ini, pihak penganjur berkerjasama dengan Rapid Penang dalam menyediakan perkhidmatan bas “shuttle” bagi kemudahan para peserta.

“Dengan penyertaan diluar jangka, bilangan bas telah ditembah mejadikan jumlah keseluruhannya kepada 12 buah,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang di sini baru-baru ini.

Dua wakil penganjur, iaitu Timbalan Pengerusi Allianz Penang Bridge International Marathon (APBIM), Datuk Syed Mohamed Aidid dan Dato Dr. Yee Thiam Sun (Pengarah Perubatan APBIM) serta wakil-wakil agensi berwajib turut serta pada sidang media tersebut.

Menurut Heng Kiang, perkhidmatan pengangkutan akan beroperasi dari tiga kawasan berbeza antaranya, Weld Quay, KOMTAR, and Tapak Pesta Sungai Nibong.

Selain itu, katanya, penyertaan sendiri turut diterhadkan pada beberapa kategori, antaranya Half Marathon, 10KM run dan Fun Run memandangkan penyertaan di luar jangkaan penganjur.

Dalam perkembangan lain, beliau turut merakamkan penghargaan atas penganjuran Running Clinics di Taman Botani Pulau Pinang, sebelum ini.

Ekoran kejayaan itu, katanya lagi, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menganjurkan program serupa pada 8 November depan ditaman tersebut disusuli, Kuala Lumpur (22 Oktober dan 13 Oktober) serta Ipoh (6 Oktober).

Layari sesawang http://www.penangmarathon.gov.my atau emelkan ke info @ penangmarathon.gov.my untuk mendapatkan informasi atau pertanyaan lanjut