Berita warga emas dijanji RM50 palsu

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNIsu membabitkan tiga warga emas yang dilaporkan ‘kecil hati’ gara-gara ‘tidak’ menerima sumbangan RM50 dijanjikan sempena program ramah mesra bersama Ketua Menteri di Teluk Bahang di sini 30 Jun lalu kini terungkai dengan kebenaran.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid berkata, ekoran paparan dakwaan tersebut di suratkhabarsuratkhabar arus perdana bertarikh 3 Julai lalu, beliau bersama beberapa pegawai telah berjumpa sendiri dengan warga-warga emas (Norma Yusof, Zainab Long dan Zainab Boo) berkenaan pada hari yang sama (laporan disiarkan).

“Kami telah merekodkan perbualan tersebut melalui telefon dan terbukti apa yang dilaporkan adalah tidak benar.

“Maklumat awal mendapati bahawa ketiga-tiga warga emas ini menafikan mereka telah dijanjikan RM50 oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seperti dilaporkan di dalam akhbar.

“Malah, rakaman tersebut menyatakan bahawa terdapat pihak yang mengajak mereka (tiga warga emas) untuk ke sebuah kedai kopi di Teluk Bahang pada 2 Julai lalu dan apabila tiba, didapati pihak media telah sedia menunggu di lokasi,’’ katanya pada majlis sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abd. Halim Hussain yang turut hadir menunjukkan bukti rakaman tersebut kepada pihak media pada majlis sama.

Di dalam rakaman tersebut membuktikan bahawa salah seorang warga emas tersebut menyatakan bahawa “dia tak janji… kita pi juga…orang panggil, kita pi lah’’.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Teluk Bahang, Mohd. Isa Md. Ali, nama ketiga-tiga warga emas tersebut sememangnya tersenarai sebagai penerima bantuan warga emas setiap tahun. Malah, juga untuk bantuan di bulan Ramadhan nanti (yang bakal disampaikan pada majlis berlainan).

“Sumbangan kali ini (sempena program ramah mesra bersama Ketua Menteri) hanya untuk 20 warga emas, ibu tunggal (20) dan pelajar cemerlang (10). Mustahil untuk kita sampaikan kepada semua dengan serentak,’’ jelasnya.

ABD. Halim Hussain (duduk, depan sekali) menunjukkan rakaman video penafian tiga warga emas yang dipercayai diperdaya pihak tidak bertanggungjawab sambil ditemani Halil Sabri Hamid (duduk, belakang) dan Mohd. Isa Md. Ali (berdiri, dua dari kiri) di sini baru-baru ini. Gambar oleh: ALISSALA THIAN
ABD. Halim Hussain (duduk, depan sekali) menunjukkan rakaman video penafian tiga
warga emas yang dipercayai diperdaya pihak tidak bertanggungjawab sambil ditemani
Halil Sabri Hamid (duduk, belakang) dan Mohd. Isa Md. Ali (berdiri, dua dari kiri) di sini
baru-baru ini. Gambar oleh: ALISSALA THIAN