PPS Perai anjur Program Derma Darah

Admin
M.Turaisingam (berdiri, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama rakan sepasukan sambil memegang sijil penghargaan bersempena Program Derma Darah anjuran PPS Taman Perai/ Emas di sini barubaru ini.
M.Turaisingam (berdiri, tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama-sama
rakan sepasukan sambil memegang sijil penghargaan bersempena
Program Derma Darah anjuran PPS Taman Perai/ Emas di sini barubaru
ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

SEBERANG PERAITahap kesedaran tentang kepentingan menderma darah yang semakin meningkat telah mendorong Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Taman Perai/ Emas mengadakan satu Kempen Derma Darah baru-baru ini di sini.

Ini terbukti apabila hampir 60 penderma dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dalam tempoh beberapa jam selepas program tersebut dilancarkan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy.

Setiausaha PPS Taman Perai/Emas, M.Turaisingam berkata, khidmat PPS bukan saja terhad kepada meronda dan menjaga keselamatan semata-mata sebaliknya, juga mengendalikan program-program berorientasikan keselamatan, kejiranan serta perpaduan.

“Program dengan kerjasama Jabatan Derma Darah Hospital Seberang Jaya ini adalah julung kali diadakan oleh PPS dan saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan.

“Dengan menderma darah, kita menjadi ‘penyelamat’ untuk ‘menyelamatkan’ orang pada masa-masa kecemasan,” ujarnya semasa berucap pada Program Derma Darah di Taman Perai/Emas baru-baru ini di sini.

Turut hadir, Penyelaras PPS Negeri Pulau Pinang, A.Manickan, Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Senangin, Taman Inderawasih, Taman Teluk Indah dan Taman Chai Leng.

Sementara itu, sebelum ini, pasukan tersebut turut menganjurkan Kempen Kesedaran 4K atau ‘Konsep Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan’ diterapkan dalam kalangan kanak-kanak Pulau Pinang bermula dari rumah.

Tambah Turaisingam, isu lambakan sampah, wabak denggi, kes pecah rumah, ugut, buli dan sebagainya boleh diselesaikan apabila pihak tertentu berjaya menyedarkan setiap warga setempat supaya lebih bertanggungjawab.