Biar pakar urus persatuan sukan, seru KM

Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyatakan bahawa persatuan-persatuan sukan perlu menjadi sebuah badan yang profesional tanpa mengambil kira pemikiran politik.

Justeru, menurut beliau, persatuan seharusnya memberi peluang dan sokongan kepada pakar-pakar sukan yang berpengalaman dan berfikiran adil dengan melantik individu-individu berkaitan sebagai pemimpin organisasi.

“Bagi membangunkan sebuah organisasi sukan, seseorang pemimpin organisasi harus bersikap profesional bagi membolehkan pihak lain lebih menghormati dan percaya dengan keputusan diambil.

“Biarlah pakar-pakar sukan yang profesional dan bersemangat tinggi menjadi pemimpin persatuan sukan, saya pasti mereka akan mengurus persatuan sukan dengan lebih baik daripada ahli politik,’’ ucapnya pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Keranjang Piala Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti , Chong Eng, Pengerusi PYDC, Soon Lip Chee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi dan ADUN Komtar, Teh Lai Heng.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung, saingan sengit menemukan pasukan dari Kampung Valdor dan Tong Yang.

Pasukan Tong Yang berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan kiraan mata 71- 63.

if (document.currentScript) {