Memasak dalam taman tarik 22 penyertaan

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

KEBUN BUNGASeramai 22 peserta dari pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang untuk berentap dalam Pertandingan Memasak Di Dalam Taman 2012 di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang dirasmikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ar. Patahiyah Ismail tersebut dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu kategori suri rumah, kategori perantis dan kategori profesional.

Kategori Suri Rumah yang memperoleh lima penyertaan dimenangi pasangan, Zaini Mohamed Esa dan Mohd. Hasan Bin Mohd. Noor. Bagi kategori perantis ( 1 2 ) , dimenangi Katelyn Tan dan Tan Yee Pek. Kategori terakhir iaitu kategori profesional (5) digondol oleh Ong Ling Ming dan Tan Wen Yee.

Kemenangan ditentukan oleh juri dengan mengambil kira beberapa kriteria antaranya rasa makanan, hiasan makanan, kreativiti dan kekemasan dapur selepas memasak.

AR. Patahiyah Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Memasak Di Dalam Taman 2012 di sini baru-baru ini.
AR. Patahiyah Ismail (tengah) menyampaikan hadiah kepada
salah seorang pemenang Pertandingan Memasak Di Dalam
Taman 2012 di sini baru-baru ini.