Cadangan penduduk Bandar Cassia akan dipertimbangkan – Kon Yeow

Admin
KETUA Menteri (kiri) memenuhi permintaan salah seorang anak muda tempatan di Taman Bandar Cassia, Batu Kawan di sini pada 17 November 2022.

BUKIT TAMBUN – Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan cadangan penduduk lokal untuk mewujudkan sebuah dewan terbuka yang berbumbung di belakang bangunan Tadika Kemas Bandar Cassia dekat sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga calon PH bagi kawasan Parlimen P046 Batu Kawan berkata demikian semasa sesi dialog dua hala dengan penduduk lokal Bandar Cassia pada 18 November 2022.

KETUA Menteri (depan sekali) turut meluangkan masa melihat kawasan tanah lapang di belakang banguna Tadika Kemas Bandar Cassia, Batu Kawan yang dicadangkan sebagai tapak dewan terbuka berbumbung untuk kegunaan komuniti lokal di sini tadi.
GAMBAR kenang-kenangan selesai sesi dialog dua hala Ketua Mengeri bersama-sama komuniti penduduk lokal Taman Bandar Cassia Batu Kawan di sini tadi.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Ekonomi dan Komunikasi memberitahu bahawa pentadbirannya ada memperuntukkan sejumlah RM3 juta dalam Bajet 2023 untuk tujuan-tujuan berkaitan termasuk projek pembinaan bumbung di kawasan lapang sebagai ‘dewan sementara’.

“Pada pertengahan tahun (2022) ini, saya pun sering diminta untuk Kerajaan (Negeri) membiayai kos pembinaan bumbung (sebagai) alternatif pada dewan serbaguna.

“Kalau nak bina dewan, mungkin memerlukan perbelanjaan yang lebih besar (berbanding membina bumbung di kawasan lapang), tetapi kalau ada gelanggang yang berbumbung, itu pun boleh menjadi suatu ruang awam bagi tujuan aktiviti komuniti penduduk.

“Dan, dalam Bajet (2023) Pulau Pinang, kita (Kerajaan Negeri) memang ada memperuntukkan RM3 juta bagi seluruh Pulau Pinang.

“Tertakluk kepada permohonan dan kesesuaian, kita (Kerajaan Negeri) akan pertimbangkan (jika Bajet 2022 Pulau Pinang tersebut lulus di Dewan Undangan Negeri (ADUN),” responsnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

ADUN Bukit Tambun, Goh Choo Aik turut berucap dalam majlis tersebut.