Cheok Lay Leng sebagai Pengurus Besar PHC baru

PENGURUS BESAR BARU PHC... Mantan Presiden, Asia Operations Netronome System Incorporated, Cheok Lay Leng, 55, dilantik sebagai Pengurus Besar baru Perbadanan Bukit Bendera (PHC) berkuat kuasa 8 Januari lalu.

Pelantikan Lay Leng adalah bagi menggantikan Dato’ Ng Wei Kok yang sebelum ini memangku jawatan tersebut selama dua tahun.

Lay Leng mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam lapangan penyelidikan dan pembangunan (R&D),
pengurusan eksekutif dan perniagaan industri elektronik yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Hong
Kong dan China.} else {