CSR sumbang 330 pasu & pokok bunga hijau Seberang Perai

BUKIT TAMBUN – Sebanyak 33 sekolah di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) yang mengambil bahagian dalam penganjuran Anguerah Sekolah Hijau anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) masing-masing menerima 10 pasu dan pokok bunga di sini baru-baru ini.

Sumbangan tajaan syarikat korporat, Malaysian Automotive Lighting Sdn. Bhd. (MAL) tersebut adalah demi menjayakan objektif MPSP dalam menghijaukan Seberang Perai.

Pengarah Perbandaran MPSP, Shahrulnizad Abd. Razak berkata, sejak program tersebut dijalankan pada tahun 2013, MAL merupakan syarikat pertama yang menaja pasu berserta pokok bunga.

“Tahniah dan saya berharap syarikat-syarikat lain juga dapat mencontohi inisiatif ini menerusi pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat bersama-sama MPSP.

“Ini kerana, kita memerlukan lebih banyak pokok untuk membersihkan udara kita. “Berdasarkan kajian, serumpun pokok dapat menurunkan suhu di kawasan sekitarnya sebanyak 10 darjah selsius,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pasu dan Pokok Bunga di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis MPSP, M. Satees, H’ng Mooi Lye dan Tan Cheong Heng serta Pengarah Urusan MAL, N. Ramaiah.

Dalam pada itu, Ramaiah memberitahu, pendekatan tersebut adalah julung kali dilakukan sejak syarikat MAL beroperasi di Batu Kawan dua tahun lalu.

“Bagi pelaksanaan program Anugerah Sekolah Hijau ini, MAL telah membelanjakan RM5,445 untuk 330 pasu serta pokok bunga,’’ jelas beliau.

Terdahulu, syarikat korporat, Guppy Plastic Industries Sdn. Bhd. turut menjalankan tanggungjawab sosial korporat serupa dengan menyumbang sebanyak 3,210 pasu bunga kepada sekolah-sekolah terbabit sejak 2013.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);