Delegasi KN lawat ibu pejabat B Braun

MELSUNGEN, Jerman– Delegasi Kerajaan Negeri ke ibu pejabat syarikat pembekalan kelengkapan perubatan dunia, B Braun disambut mesra Pengerusi, Prof. Dr. Heinz – Walter Grobe dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan di sni baru-baru ini.

Delegasi diketuai Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng tersebut  umumnya adalah sebagai lawatan rasmi Kerajaan Negeri ke ibu pejabat syarikat terbabit yang merupakan salah satu pelabur utama negeri ini.

Turut serta, Penasihat Khas kepada Ketua Menteri yang juga Pengarah  investPenang (iP), Datuk Lee Kah Choon dan Pengurus Urusan iP, Loo Lee Lian.

Sebelum itu, delegasi Kerajaan Negeri ke Jerman adalah bagi menghadiri  Majlis Perasmian Astaka Malaysia (Malaysia Pavillion) dan Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada persidangan International Tourismus Borse (ITB) atau International Tourism Exchange di sini.