Dua akaun Facebook sebar fitnah dan ugutan dilapor kepada Polis

Admin

DATUK KERAMAT – Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Nicholas Theng Jie Wey berharap pihak Polis segera mengambil tindakan kepada dua pemilik akaun Facebook yang menyebarkan fitnah perkauman dan agama baru-baru ini.

Jelasnya, dua pemilik akaun tersebut dilihat berniat menyebarkan kebencian berasakan kaum dan agama melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid.

“Timdakan dua akaun terbabit dilihat mahu menabur fitnah kepada ADUN Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid sambil menimbulkan kebencian khususnya orang Islam.

“Kepada yang berniat jahat dan menyebarkan fitnah kebencian seperti ini anda boleh didakwa melalui Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujar beliau sejurus membuat laporan Polis di Balai Polis Jalan Patani semalam.

Hadir sama, Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Bukit Gelugor, Quah Boon Lim.

Menggulas lanjut, Jie Wey berkata, fitnah sama pernah disebarkan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU-14) lalu dan kini disebarkan semula.

Selain fitnah perkauman dan keagamaan, fitnah tersebut turut berbaur ugutan kepada Syerleena.

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI