Durian sinonim dengan penduduk P. Pinang – KM

Admin

PARTI RAJA BUAH… Parti Durian bersama Ketua Menteri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Bendera yang berlangsung di Dewan JKKK Bukit Bendera baru-baru ini berjaya menarik kehadiran kira-kira 200 penduduk kawasan sekitar di sini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, penganjuran parti durian tersebut memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati kemeriahan setiap kali tibanya musim durian di Pulau Pinang.

“Durian cukup sinonim dengan penduduk Pulau Pinang dan ia merupakan makanan yang istimewa yang perlu dicuba,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada JKKK Bukit Bendera di atas kejayaan penganjuran ‘parti’  berkenaan.