Edar makanan percuma sempena Hari Ibu

Admin

SERI DELIMA – Sempena sambutan Hari Ibu semalam, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima mengambil kesempatan mengedar 200 bungkusan bihun berasaskan sayur-sayuran percuma.

 

 

Menurut ADUNnya, Syerleena Abdul Rashid, edaran tersebut diberikan percuma khas kepada ibu-ibu yang terdiri daripada golongan B40.

 

 

“Di sebalik sambutan Hari Ibu, saya percaya dengan cara ini kita mampu mempromosikan nilai-nilai murni yang positif.

 

 

“Selain itu ia juga mampu membawa nilai-nilai murni antara agama dan bangsa yang pelbagai di DUN Seri Delima ini,” ringkas Syerleena kepada pemberita semalam.

 

Beliau dalam pada itu, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan terlibat dari dalam dan luar Seri Delima.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN