Elak saksi kehijauan Bukit Bendera?

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWNKelibat Datuk Seri Wong Chun Wai yang tidak muncul-muncul di Bukit Bendera sungguhpun Ketua Kumpulan Pengarang The Star itu dijemput oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagi menyaksikan sendiri kehijauan sebenar di kawasan tanah tinggi berkenaan menjadi tanda tanya.

Menurut Guan Eng, Chun Wai dijemput turun padang ekoran daripada laporan akhbar The Star yang menggambarkan kawasan tanah tinggi di sekitar Bukit Bendera kian tercemar dek pembangunan lereng bukit secara berleluasa.

“Saya ingin menjemput Datuk Seri Wong Chun Wai untuk bersama-sama mendaki Bukit Bendera atau merentasi laluan bukit bagi menyaksikan sendiri kawasan tanah tinggi yang didakwa ‘bukit mati’ (dying hills) dan kemudian (terbitan kedua) ‘bukit menangis’ (crying hills) melalui The Star,” ujarnya sempena rogram Mendaki Ke Stesen 3, Taman Belia bagi membuktikan ahawa keadaan bukit di sini masih terpelihara baru-baru ini.

Kira-kira 30 orang, termasuk Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Bon Poh, Ar. Yew Tung Seang (Pengarah Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) dan beberapa Ahli Majlis MPPP seperti D. Harvindar Singh, Lim Siew Khim, Ong Ah Tiong turut menyertai Guan Eng mendaki bukit itu.

Terdahulu, pentadbiran Guan Eng menjadi perhatian apabila empat halaman The Star, termasuk muka depan dan halaman editorial melaporkan berdasarkan garis panduan geoteknikal biasa majlis.

Guan Eng berkata, semua projek itu tidak boleh dibatalkan secara drastik sungguhpun Kerajaan Negeri sekarang sangat simpati dengan penduduk setempat di kawasan berkenaan.

Ini kerana katanya, Kerajaan Negeri ‘memerlukan pampasan beratus juta hatta berbilion ringgit yang akan memufliskan negeri ini’ untuk menghadapi risiko saman daripada pemaju berwajib.

HARVINDAR Singh, Ong Ah Teong dan Yew Tung Seang berehat selepas berjaya mendaki ke Stesen 3, Taman Belia bersama Ketua Menteri di sini baru-baru ini.
HARVINDAR Singh, Ong Ah Teong dan Yew Tung Seang berehat
selepas berjaya mendaki ke Stesen 3, Taman Belia bersama
Ketua Menteri di sini baru-baru ini.