Mangsa kebakaran 3 lokasi dapat bantuan

Admin

SUNGAI PINANGAtas prinsip kerajaan berjiwa rakyat, kira-kira 20 mangsa kebakaran dalam tiga kejadian yang berasingan telah memperoleh bantuan sumbangan daripada Kerajaan Negeri di sini.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

KEADAAN kediaman yang hangus dalam kebakaran di Kampung Dhoby Ghaut, Solok York di sini.
KEADAAN kediaman yang hangus dalam kebakaran di Kampung
Dhoby Ghaut, Solok York di sini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang; Exco Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai; Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun dan ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo.

“Diharap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan minta mereka tabah.

“Sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan, kita (Kerajaan Negeri) akan usahakan bagi mengurangkan bebanan mereka,” ujar Guan Eng yang turut meninjau kawasan sekitar tempat kejadian di sini baru-baru ini.

Antara lokasi kejadian adalah di Kampung Md. Taib, Jalan Jelutong pada 12 Jun lalu membabitkan dua buah rumah, Jalan Tokong Batu, Sungai Pinang (4 keluarga), Kampung Dhoby Ghaut, Solok York (20 penghuni).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan menyatakan bahawa, mereka (mangsa) yang terlibat dalam kebakaran telah menerima sumbangan bantuan bencana Kerajaan Negeri.

“Seperti kita (Kerajaan Negeri) janji, kita akan tunaikan,’’ ujarnya.