Exco sambut baik edar makanan percuma selama sebulan

Admin

BATU MAUNG – Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Abdul Halim Hussain menyambut baik sumbangan pihak swasta meringankan beban kelompok masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

 

 

 

Beliau menyatakan demikian kepada pihak media ketika menyertai Program Edaran Makanan Percuma kepada warga emas di Pangsapuri Jalan Tengah semalam.

 

 

 

“Hari ini saya bersama-sama FoundPac Group Bhd. diketuai Ketua Pegawai Ekskutifnya, Datuk Ong Choon Heng akan membuat edaran di Pangsapuri Jalan Tengah kepada 50 buah keluarga yang ada warga emas.

 

 

 

“Tajaan ini berlangsung selamat sebulan sejak 12 Jun lepas dan pemberian dilakukan sebanyak dua kali untuk makan tengah hari dan makan malam,” ujar Abdul Halim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung.

 

 

“Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik usaha pihak swasta yang menjalankan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dalam mengurangkan beban kelompok rakyat terkesan akibat pandemik ini.

 

 

Mengulas lanjut, Abdul Halim memberitahu, pemilihan penerima adalah berdasarkan dari senarai yang diberikan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Tengah.

 

 

Tambahnya, golongan warga emas dipilih dengan mengambil kira risiko jangkitan lebih tinggi sekiranya golongan tersebut keluar untuk mendapatkan makanan.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI 

Gambar : CHAN KOK KUAN