Fauzan Omar angkat tema perubahan iklim pada pameran solo

PERUBAHAN IKLIM… Pelukis terkenal, Fauzan Omar memilih tema ‘Climate Change My Ecological Concern’ pada pameran solo beliau di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang yang bermula dari 5 hingga 31 Oktober ini.

 

 

Jelasnya, pameran tersebut memaparkan karya-karya beliau yang mengangkat keprihatinan ekologi mengenai perubhan iklim di Malaysia secara amnya.

 

“Sekarang ini kita sebenarnya berhempas-pulas berdepan perubahan cuaca yang telah menyebabkan hadirnya kesan seperti kemarau, banjir dan bencana alam di luar jangkaan.

 

 

“Secara langsung ia telah memberi kesan kepada manusia dari segi ekonomi akibat bencana akibat kerakusan tangan-tangan manusia itu sendiri,” ringkasnya pada Majlis Perasmian Pameran Solo Fauzan Omar, kelmarin.

 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa BSLNPP, Lee Khai dan dif-dif jemputan yang lain.

 

Pameran ini dibuka kepada umum setiap hari kecuali Jumaat dan hari kelepasan am. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 04-2261439.

 

 

 

Text & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI