Flat Hamna dapat bumbung baru

BATU UBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Dr. T. Jayabalan melawat Flat Kos Rendah Hamna dekat Sungai Dua bagi melihat sendiri bumbung flat yang baru dibaiki akibat kejadian ribut.

Jayabaan berkata, bencana itu pada 13 Jun lepas mengakibatkan kemusnahan harta benda 11 keluarga yang mendudukan rumah tingkat atas flat tersebut.

Beliau menyerahkan sumbangan negeri berjumlah RM200,000 peruntukan membaik pulih kerosakan serta memasang semula kabel elektrik, selain bantuan kecemasan kepada semua keluarga mangsa bencana.

“Kebajikan rakyat lebih utama. Memberi pertolongan segera kepada semua mangsa adalah sangat penting supaya mereka turut
dapa meraikan Hari Raya (Aidilfitri) dengan lebih selesa,” ujar beliau pada satu sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, semua keluarga berkenaan ditempatkan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua dan dibekalkan makanan serta keperluan berwajib lain.

Tambah beliau, kesemua mangsa bencana dibenarkan pulang ke kediaman masing- masing pada 15 Julai lepas, iaitu sejurus selesai kerja-kerja membaikpulih flat berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Jayabalan turut menyampaikan sumbangan duit raya berjumlah RM200 kepada tiap-tiap keluarga mangsa bencana berkenaan.