Forum satukan penduduk Sg. Acheh

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

MOHD. Kamil Abu Bakar (hadapan, kiri sekali) bergambar bersama para peserta Forum Perdana Hal Ehwal Islam di sini baru-baru ini.
MOHD. Kamil Abu Bakar (hadapan, kiri sekali)
bergambar bersama para peserta Forum Perdana
Hal Ehwal Islam di sini baru-baru ini.

 

SUNGAI ACHEH – Program Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan berdekatan Surau Ubudiah, Tanjung Berembang di sini mendapat sambutan di luar jangka termasuk penyertaan beberapa petugas beketurunan Cina yang turut serta sepanjang program berlangsung.

 

Bertemakan “Masa Depan Ummah…Ada Aku Kisah?”, forum ini turut menampilkan barisan ahli-ahli panel seperti Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Pegawai Agama Islam Daerah Kubang Pasu, Ustaz Sheikh Ahmad Faisol Omar dan Penyelaras Masjid Daerah Seberang Perai Utara, Ustaz Abu Bakar Baikalani.

 

Forum yang dijalankan selama tiga jam itu dihadiri lebih 600 orang. Selain itu, sembilan kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) KADUN Sungai Acheh termasuk JKKK Sungai Udang turut hadir memeriahkan acara pada malam tersebut.

 

Forum dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Makhtar Shapee. Turut hadir, Pegawai Penyelaras KADUN Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar.