Galeri Sejarah Pulau Pinang hubungkan kembali kenangan silam

Admin
ika 8651

SEBAGAI sebuah negeri bersejarah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, Pulau Pinang memerlukan platform untuk mempersembahkan naratif masa lalunya secara lebih interaktif dan menyeluruh.

Oleh itu, Galeri Sejarah Pulau Pinang tampil sebagai ruang pembelajaran serta menjadi tarikan pelancongan yang menggabungkan elemen pendidikan, teknologi dan pengalaman visual.

Menurut Pengurus Pemasaran Galeri Sejarah Pulau Pinang, CAITLYNN TAN, idea penubuhan galeri itu bermula ketika dua pengasasnya, Cool Koe dan Kevin Goh, berkongsi kisah-kisah sejarah Pulau Pinang bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Penubuhan Galeri Sejarah Pulau Pinang tercetus secara semula jadi hasil perbualan santai dalam kalangan pengasasnya.

“Mereka menyedari bahawa terdapat satu keperluan untuk mewujudkan sebuah ruang pembelajaran sejarah yang lebih hidup, inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Pada suatu masa, generasi muda mula mempersolkan sesuatu peristiwa yang berlaku dan apabila dijelaskan bahawa banyak kisah ini tidak terdapat dalam buku teks sekolah, maka timbul kesedaran bahawa sudah tiba masanya untuk mewujudkan ruang khas bagi merakam dan berkongsi sejarah negeri Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Buletin Mutiara baru-baru ini.

Pengalaman imersif dan tarikan utama

Menurut Caitlynn, objektif utama penubuhan Galeri Sejarah Pulau Pinang adalah untuk membolehkan pengunjung daripada pelbagai peringkat umur menghubungkan kembali kenangan silam sambil mengenali kisah-kisah tersembunyi yang membentuk identiti dan sejarah Pulau Pinang.

“Setiap pameran direka untuk memberi pengalaman yang dekat dengan pengunjung, sama ada melalui nostalgia mahupun penemuan baharu tentang peristiwa yang jarang diketahui.

“Galeri tersebut juga diwujudkan sebagai tempat untuk golongan dewasa mengimbau kembali memori lama, manakala kanak-kanak serta remaja pula dapat mempelajari sejarah negeri ini melangkaui kandungan akademik semata-mata,” jelasnya.

ika 8685 ika 8651 ika 8666 ika 8669 ika 8670 ika 8677 ika 8684

Mengulas mengenai tarikan utama, beliau menyatakan bahawa Galeri Sejarah Pulau Pinang menawarkan pengalaman perjalanan sejarah imersif dengan menggabungkan penggunaan teknologi, elemen interaktif dan visual yang menarik.

“Galeri ini menampilkan 38 zon bertema yang membawa pengunjung merentas pelbagai era penting, antaranya era penjajahan dan perdagangan, budaya dan warisan, Perang Dunia Kedua, pendudukan Jepun dan tokoh legenda serta detik kemerdekaan Malaysia.

“Pendekatan ini membolehkan pengunjung bukan hanya sekadar melihat pameran, tetapi benar-benar ‘mengalami’ sejarah Pulau Pinang.

“Sambutan orang ramai amat menggalakkan dengan kehadiran pelawat tempatan dan luar negeri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,” tambahnya.

Sasaran pengunjung

Galeri Sejarah Pulau Pinang terbuka kepada semua tanpa had umur, menjadikannya destinasi sesuai untuk pelajar, pelancong, keluarga serta orang awam.

“Pihak galeri menerima pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang kerana galeri ini direka supaya setiap orang, tanpa mengira umur dapat menikmati dan memahami kandungan yang dipamerkan.

“Galeri Sejarah Pulau Pinang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam, dengan caj bayaran masuk dikenakan kepada setiap pengunjung.

“Sudah tentu pihak galeri ingin memastikan setiap pengunjung sama ada pelajar, keluarga atau pelancong merasakan pengalaman yang menyeronokkan sambil mempelajari sejarah Pulau Pinang dengan cara yang interaktif dan mudah difahami,” ujarnya.

ika 8732 ika 8719 ika 8720 ika 8721 ika 8722Perancangan masa hadapan

Mengulas perancangan akan datang, Caitlynn memberitahu bahawa pihak pengurusan sentiasa menambah baik galeri dengan memperkenalkan ciri baharu serta penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan Galeri Sejarah Pulau Pinang sebagai destinasi wajib dikunjungi dan hentian pertama bagi pelawat yang tiba di Pulau Pinang.

“Usaha berterusan ini diharap dapat memastikan galeri tersebut kekal relevan sebagai pusat rujukan sejarah serta tarikan pelancongan berteraskan pendidikan di negeri ini,” ujarnya menutup bicara.