Gelanggang 5 fungsi kemudahan sukan siap dinaiktaraf

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng memperuntukkan RM35,000 bagi tujuan membaikpulih dan menaiktaraf gelanggang serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri P. Ramlee di sini baru-baru ini.

Lai Heng ketika mengadakan lawatan tapak berkaitan berkata, gelanggang serbaguna berkeluasan 24 meter x 12.26 meter tersebut bakal dilengkapkan dengan lima fungsi kemudahan iaitu untuk sukan sepak takraw, badminton, bola tampar, bola keranjang dan bola jaring.

“Projek membabitkan tempoh masa lima minggu tersebut telah siap sepenuhnya pada 20 Disember tahun lalu.

“Diharap para pelajar akan memanfaatkan kemudahan ini dangan aktiviti sukan dan latihan dari semasa ke semasa,” katanya pada lawatan berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Timur Laut, Nor Emyzura Ahmad Tarmizi, Pengetua SK Tan Sri P. Ramlee, Normala Mohd. Nor dan Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hasan Said.

} else {