Golongan ibu dirai ADUN

Admin

TERIMA KASIH… Kasih ibu membawa  ke syurga, antara ungkapan yang acapkali didengari tatkala melahirkan rasa kasih kepada insan yang bergelar ibu.

Walau apa sekalipun panggilan kepada  insan istimewa ini, sama ada mama, emak, bonda, ibu, umi, atau mummy, budi mereka dalam  menjaga anak-anak amat tinggi nilainya. Tiada yang lebih berharga melainkan curahan kasih sayang ibu yang tidak bersempadan.
Atas dasar itulah, Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee dan ADUN Komtar, Teh Lai Heng bersama petugas pusat khidmat masing-masing baru-baru ini mengedarkan bunga daisi (gerbera) kepada ibu-ibu di Pasar Awam Lebuh Cecil sempena Sambutan Hari Ibu di sini.

Sebanyak 1,000 kuntum bunga daisi diedarkan sebagai tanda terima kasih kepada para ibu atas pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai.