Gotong-royong sahut seruan KN

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program gotong-royong mingguan di sekitar kawasan Sungai Batu di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program gotong-royong mingguan di sekitar kawasan Sungai Batu di sini baru-baru ini.

BERTUNGKUS-LUMUS…Dalam menyahut seruan Kerajaan Negeri ke arah Pulau Pinang Bersih dan Hijau, Pejabat Penyelaras KADUN Bayan Lepas telah mengambil inisiatif menganjurkan program gotong-royong mingguan di sekitar kawasan Sungai Batu di sini.

Bersempena dengan penganjuran tersebut, seramai 50 penduduk setempat dan Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Komuniti (JKKK) Sungai Batu telah menyertai program berkenaan.