GTF 2017, hantar proposal, bersama bangunkan idea persembah acara seni tradisional Melayu – Joe Sidek

GEORGE TOWN – Penganjur dan penggiat muzik tradisonal Melayu dialualukan menghantar proposal acara untuk Festival George Town 2017 (GTF) sebelum 15 Januari tahun depan.

Kurator GTF, Joe Sidek berkata, pihaknya juga berhasrat untuk saling bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri, demi mempopularkan lagi tradisi Melayu dalam penganjuran festival bertaraf antarabangsa tersebut yang bakal berlangsung selama hampir dua bulan mulai 28 Julai hingga 3 September 2017.

“Di sini, saya ingin merayu kepada pengaturcara dan artis tempatan untuk tampil ke hadapan dan berkongsi idea-idea mereka untuk perbincangan, persembahan dan acara-acara lain yang boleh menjadikan kita sebagai tuan rumah pada tahun hadapan,” jelasnya pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini pada 19 Disember lalu.

Menurut Joe Sidek, sejak 15 Oktober lalu, pihaknya memanggil semua pihak menghantar proposal cadangan acara, melalui borang rasmi yang disediakan www. georgetownfestival.com atau berjumpa dengannya sendiri di pejabat dekat Lebuh Armenian di tengah-tengah Bandar Warisan Dunia UNESCO George Town.

Bersempena penganjuran siri kelapan GTF 2017, Joe Sidek memberitahu bahawa slot khas bagi memperkenalkan muzik tradisional Melayu adalah membabitkan tempoh lima minggu.

“Saya seru supaya penggiat seni tempatan terutamanya tradisional supaya menghantar proposal supaya kita boleh berkongsi idea dan berkejasama. Malah, kepada mereka yang inginkan pendapat dan bantuan berhubung idea serta proposal, sila berjumpa terus dengan saya,” ujanya.

Sempena siri kelapan GTF 2017, Joe Sidek memberitahu bahawa pameran serta pertunjukkan antarabangsa meletakkan tumpuan pada ASEAN sempena meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2017 p e r t u b u h a n g a b u n g a n antarabangsa tersebut.

“Festival George Town (GTF) merancang untuk menganjurkan forum reka bentuk dengan kerjasama Southeast Asia Creative Cities Network (SEACCN)… melibatkan pereka kreatif, pembuat, penceramah dan pengamal reka kreatif dari
Bandung, Cebu, Chiang Mai, Hanoi, Kuching dan George Town , ” jelasnya sambil memberitahu bahawa GTF padamasa hadapan akan saling bekerjasama dengan pengasas London Design Festival.

Laksa of the Region (LOTR), Weekend On Women (WOW) merupakan antara program menarik dalam GTF akan datang.

Pada tahun 2016, festival berkaitan mempunyai lebih 150 acara, termasuk 118 acara percuma untuk orang ramai.