Gunting rambut percuma warga emas sebagai program tahunan – ADUN

PAYA TERUBONG – Program khidmat masyarakat anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya
Terubong, Yeoh Soon Hin baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada warga emas setempat.

Program yang dianjurkan bersama kedai gunting rambut terkenal, Hairstory International turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Semarak Api.

Ketika ditemui, Soon Hin memberitahu bahawa program berkaitan bakal menjadi program tahunan di kawasan beliau.

“Cuma kali ini, kita (penganjur bersama) tetapkan supaya khidmat gunting rambut percuma ini adalah untuk warga emas sahaja,” katanya yang teruja dengan penyertaan lebih 200 warga emas di Dewan Blok 2G Medan Angsana di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi JKKK Semarak Api, Toon Hoon Lee, program serupa turut dianjurkan awal tahun ini dengan memberi
khidmat gunting rambut percuma kepada murid-murid yang ingin memulakan sesi persekolahan baharu.

if (document.currentScript) {