Harap GTF, BFF beri manfaat berganda kepada Seberang Perai

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

BAGAN DALAM – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap penganjuran Festival Pinggir Butterworth (BFF) pada 15 dan 16 Ogos lalu di sekitar Jalan Jeti Lama di sini turut akan memberi manfaat berganda kepada Seberang Perai, sungguhpun kebanyakan sub-program Festival George Town 2015 (FGT) selama sebulan dilangsungkan di bahagian pulau negeri ini.

“GTF atau Butterworth Fringe Festival 2015 (BFF) diharap dapat dijadikan satu produk yang mempunyai multiplier effect bagi kawasan Butterworth khasnya dan Seberang Perai secara umumnya.

“Dengan adanya BFF ini, ia dapat menjadikan Butterworth sebagai satu bandar yang bercorak kreatif dan inovatif,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pada Pada Majlis Pembukaan BFF 2015 di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Maimunah Mohd.

Sharif merakamkan penghargaan kepada penganjur FGT, Joe Sidek kerana berjaya membawa kelainan dalam BFF, yang didakwa mampu membantu aspek pelancongan desa yang giat dipopularkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“(BFF) akan membawa kelainan dari segi konsep persembahan, iaitu ‘projek jalanan’ yang mana merupakan kesinambungan dari Festival George Town (FGT) yang berlangsung di George Town,” jelas beliau.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), A. Thanasekharan (ADUN Bagan Dalam), Dato’ Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) turut hadir pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Tink City Sdn. Bhd., Hamdan Abdul Majeed dan ketua operasinya, Dr. Neil Khor.

‘Viva La Vespa’, iaitu pameran koleksi motosikal moden dan klasik jenis vespa, tarian akrobatik unik oleh Isaac Hou, persembahan papet ‘Bunraku’ yang diterbangkan dari Jepun, serta pameran jalanan mengenai perkembangan perbandaran Butterworth lampau antara 15 sub program yang menarik sepanjang dua hari berlangsungnya festival tersebut.

FGT saban tahun diadakan di negeri ini sejak 2010, dengan temasya kebudayaan tempatan dan antarabangsa seumpama BFF buat julung kalinya diadakan di bahagian Seberang Perai.

 d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);