KN sentiasa sokong KITAB lahir cendekiawan agama

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas menyifatkan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ( KITAB ) sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang amat penting kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang.

Beliau berkata, selama 15 tahun penubuhan KITAB , institusi tersebut telah melahirkan ramai cendekiawan tanpa mengira latar belakang yang mempunyai kesungguhan untuk menuntut ilmu dalam pengajian agama Islam di peringkat lebih tinggi.

“Ibu bapa para graduan juga harus bersyukur kerana KITAB sedikit – sebanyak telah mengambil peranan dalam mendidik anak masing-masing untuk menjadi insan yang soleh serta solehah sebagai bekalan kepada kita di akhirat kelak.

“ Seperti hadis Nabi Muhammad S. A . W yang berbunyi seperti , ‘ Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah  semua hubungan kecuali sedekah amal jariah, ilmu yang bermanfaat serta doa dari anak-anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapanya’,” ucapnya pada Majlis Konvokesyen KITAB Kali KeTujuh di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB, Dato’ Mansor Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato’ Wan Salim Wan Mohd. Noor, Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Mohd. Salleh Man.

Seramai 200 pelajar menerima pentauliahan pada majlis berkaitan.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Rashid, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong KITAB danakan terus membantu institusi berkenaan yang merupakan sebahagian dari jabatan berkanun negeri.

“Saban tahun, kita (Kerajaan Negeri ) meningkatkan peruntukan kepada KITAB.

“Malah, melalui KITAB, George Town dapat menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan bersama-sama dua negara lain iaitu Indonesia dan Thailand melalui program The Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT),” jelas beliau.d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);