Harimau Kumbang tak putus asa hingga minit terakhir

Admin

GEORGE TOWN – Di Stadium Bandaraya pada malam tadi, Penang FC sebagai ‘pendatang baharu’ Liga Super Musim Tahun 2021 seakan menerima asakan luar biasa daripada pasukan pendahulu di kedudukan teratas iaitu lain tak bukan Johor Darul Takzim (JDT).

Bermula pada minit ke-15 lagi, pasukan pelawat bertungkus-lumus membendung kelincahan Penang FC menerusi sepakan jarak dekat Safiq Rahim ke kawasan petak penalti, sebelum disudahkan dengan sepakan leret Muhamad Safawi Rasid.

Walaupun ketinggalan satu mata di belakang, skuad Harimau Kumbang bawah bimbingan Ketua Juratih, Trucha Tomas tidak tunduk menyerah, sebaliknya beberapa kali membuat percubaan ke gawang pasukan pelawat, namun tidak berhasil.

Sehinggalah pada minit ke-41, JDT sekali lagi berjaya menjarakkan perbezaan mata hasil sepakan ‘mengelirukan’ dari jarak dekat oleh Bergson Gustavo Selveira Da Silva pada minit ke-41.

Pada minit ke-51, bola muntah di kawasan petak penalti Penang FC berjaya dikuis masuk ke gawang oleh Mohamadou Sumareh.

Keputusan pelawanan Penang FC menentang JDT kekal pada kedudukan 0-3 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Haria
Haria
Penang…. Haria!!!

Memburu dengan pantas
Untuk menerkam mangsanya
Berlari dengan gagah
Merentas belantara

Bergema ngaumannya
Dikerah daya tenaga
Perjuangan diperkasa
Dengan semangat waja.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD