Hormati keputusan rakyat pilih Kerajaan Perpaduan – Kon Yeow

Admin

PERAI – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menggesa pihak-pihak tertentu yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan supaya menghormati keputusan rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU-15) sebelum ini.

 

 

Menurut beliau yang juga Pegerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bahawa Kerajaan Perpaduan telah dibentuk secara sah dan semua parti (politik) maklum mengenai hal terbabit termasuk Akta Anti Lompat Parti yang dilaksanakan sekarang.

 

 

“Saya kira orang yang bercakap ‘bukan-bukan’ ini dia tidak mengambil kira Akta Anti Lompat Parti, melainkan dia mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan secara paksa (meletak jawatan).

 

 

“Itu pun satu proses demokrasi kalau mereka rasa itu cara terbaik, tetapi rakyat akan fikir sebaliknya, dia boleh cubalah, rakyat akan tolak,” tegasnya ketika diajukan soalan berkaitan di sini sebentar tadi.

 

 

Kon Yeow mengulas perkara berkaitan ekoran difahamkan bahawa baru-ini terdapat liputan media yang menyatakan bahawa terdapat gerakan mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan yang kononnya tidak lagi mendapat sokongan beberapa Ahli Parlimen.