Hubungi MBPP sekiranya belum terima bil cukai taksiran separuh tahun kedua

Admin

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyeru pemilik-pemilik premis yang belum menerima bil Cukai Taksiran Separuh Tahun Kedua 2022 untuk hadir secara fizikal ke mana-mana kaunter setempat.

 

 

Menurut Ahli Majlis bagi MBPP, Wong Yuee Harng, tarikh akhir untuk menjelaskan Bil Cukai Taksiran adalah pada 31 Ogos 2022.

 

 

“Namun saya menerima aduan sehingga kini, masih ada pemilik premis dan pembayar cukai masih belum menerima bil tersebut yang mula dihantar pada minggu pertama Julai 2022 dan penghantaran kumpulan terakhir adalah pada 22 Julai 2022.

 

 

 

“Saya seru para pemilik untuk hubungi MBPP atau ke kaunter setempat, bawa bil terakhir sebelum ini untuk bayar sekiranya belum terima cukai taksiran terkini, pembayaran juga boleh dibuat secara dalam talian.

 

 

“Untuk makluman, saya juga telah menghantar bukti kepada Jabatan Perbendaharaan berkenaan bil-bil cukai separuh kedua 2022 yang dihantar melalui Pos Malaysia kepada 200,000 pemegang akaun terlibat,” tegas Yuee Harng dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

 

Turut sama pada sidang media tersebut, Setiausaha Bandaraya bagi MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran serta Ahli Majlis bagi MBPP, Tan Cheiw Choon dan Mohamed Yusoff Mohamed Noor.

 

 

 

Mengulas lanjut, Yuee Harng memaklumkan satu laporan polis juga telah dibuat ekoran kejadian seperti ini  berulang yang mana MBPP telah membelanjakan kira-kira RM360,000 bagi kos penghantaran.

 

 

 

“MBPP juga mungkin akan mempertimbangkan menggunakan khidmat kurier lain di masa hadapan sambil mengkaji kos terlibat.

 

 

“Pemilik premis juga diseru untuk melanggan e-bil melalui kod QR. E-bil akan dihantar berdasarkan pendaftaran yang dibuat melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS), pemilik yang mendaftar untuk melanggan e-bil akan menerima rebat RM5.00 secara on-off,” katanya lagi.

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, pemilik-pemilik premis boleh hubungi Unit Kadar, Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MBPP di talian 04-259 2178/2342.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

 

Gambar : ALISSALA THIAN