iFOODex ke arah negeri berteras hub makanan

Admin
PARA pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mencuba makanan yang dipamerkan bersempena penganjuran iFOODex 2012 di sini baru-baru ini.
PARA pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mencuba
makanan yang dipamerkan bersempena penganjuran iFOODex
2012 di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

BAYAN BARUKejayaan penganjuran Ekspo Makanan Antarabangsa (iFOODex) sejak tahun 1999 yang mempamerkan pelbagai barangan makanan memperlihatkan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berteraskan hub makanan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata iFOODex merupakan pameran antarabangsa yang saban tahun diadakan di Pulau Pinang sejak tahun 1999 lagi.

“Negeri Pulau Pinang adalah sinonim dengan makanan. Segala jenis makanan ada di sini.

“Setiap tahun, berjuta-juta pelancong datang ke Pulau Pinang untuk menikmati juadah makanan hinggakan salah satu makanan terkenal di negeri ini iaitu Laksa Penang berjaya tersenarai sebagai 10 makanan paling terkenal di dunia,’’ katanya dalam ucaptama Majlis Perasmian iFOODex 2012 di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran ekspo tersebut, hampir 120 gerai yang menawarkan produk makanan tempatan dan luar negara telah terlibat sama. Selain itu, sebanyak 10 gerai turut dibina khusus bagi memperkenalkan makanan tradisional negara Korea yang terkenal dengan jolokan negara ginseng .

Dalam pada itu, Guan Eng berharap pelbagai penganjuran program berprestij dan bertaraf antarabangsa dapat dilakukan kelak demi menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Pinang apabila pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (Spice) siap sepenuhnya.